Saluran Komunikasi Persatuan Keturunan Megat Terawis Malaysia


Untuk peringatan bersama, laman ini diasaskan sebagai medium untuk kita mengeratkan silaturrahim di samping mendapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti Persatuan dan keluarga at-Terawis. Kami mengharapkan pandangan-pandangan yang positif untuk perkongsian bersama. Mohon supaya dapat menggunakan bahasa yang sopan dalam post / komen anda.

Untuk mengelakkan ada yang terguris hati terhadap post / reply yang tidak sesuai (kasar, sinis, etc.), pihak Admin akan memadamkan post / reply yang tidak bersesuaian atau tiada kaitan dengan topic-topik tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pandangan, cadangan, komen atau aduan berkaitan Persatuan atau laman-laman web / Facebook Persatuan, sila ajukan kepada: –

Email: at-terawis@megatterawis.net
Facebook: http://fbl.me/PMatTerawis
Website: http://megatterawis.net/hubungi-kami/komen-dan-cadangan/

Rujuk http://megatterawis.net/hubungi-kami/ bagi maklumat terkini berkenaan saluran komunikasi Persatuan.

Minggu Warisan Perak Darul Ridzuan


Tempat: Ruang Legar Putra, PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh: 10 Feb hingga 15 Feb 2015

Aktiviti Sepanjang Program: –

  • Pameran Salasilah DiRaja dan Pembesar Negeri Perak
  • Pameran Busana Tradisional
  • Demonstrasi Perkerisan
  • Demonstrasi Persilatan
  • Seni Muzik Tradisional
  • makanan bertema masakan PERAK di Restoran Riverside

Semua anak Perak yang berada di Selangor & Wilayah Persekutuan – khususnya waris keturunan Megat Terawis sekalian, dijemput hadir. Untuk pengetahuan, salasilah keluarga kita akan dipaparkan di PWTC. Selain drpd itu, persilatan Penjurit Kepetangan Melayu yang diterajui Mahaguru Megat Ainuddin akan membuat persembahan.

Berikut adalah aturcara program: –

PAMERAN dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam mulai Selasa 10 Feb hingga Ahad 15 Feb 2015.

Sessi Pengkisahan Tokoh Perak adalah seperti berikut:

JUMAAT 13 Feb
10 pagi SYED HUSSIN AL-FARADZ
3 petang TUN SABAN

SABTU 14 Feb
10 pagi DATO’ PANGLIMA KINTA
3 petang DAENG SELILI

AHAD 15 Feb
10 pagi MEGAT TERAWIS
3 petang KESULTANAN NEGERI PERAK

Bagi sessi pengkisahan Megat Terawis, ahli panel adalah:

  1. Megat Osman Bin Megat Abu Bakar
  2. Putri Zanina Binti Megat Zainuddin

Moderator: Megat Iskandar Bin Megat Zaharuddin

Diharap semua waris Megat Terawis dapat meluangkan masa untuk datang ke PWTC memberi sokongan khususnya pada sessi hari Ahad 15 Feb di mana pengkisahan Megat Terawis akan dipersembahkan.

Muqaddimah


Bismillahhirrahmannirrahim..

Pihak persatuan sedang dalam proses untuk memperkemaskan lagi laman web persatuan. Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen membina berkaitan dengan pentadbiran atau operasi persatuan. Ini diharapkan dapat menjadi rujukan dalam usaha penambahbaikan perjalanan persatuan.

Sebarang maklumbalas boleh dialamatkan ke atterawis@megatterawis.net atau hantar mesej peribadi di https://www.facebook.com/MegatTerawisAssociation.

Wallahu’alam.